--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Friday, May 05, 2006

Novel 18SX


Aku sering membaca novel Melayu yang diklasifikasikan sebagai novel U - Untuk Bacaan Umum. Aku jarang terjumpa novel Melayu yang boleh dikategorikan sebagai novel 18SX, 18SG atau 18PL. Cuma setakat ini, aku ada membaca novel Ma Lee Chuswan - Selamat Tinggal Sayang (slps mendapat recommendation dr bbrp penulis n pekerja CESB! ahakss!!) yg setakat ini satu2nya novel (yang pernah aku baca!) yang boleh dikategorikan ke arah 18SX.

Etika penulisan novel - tiada unsur-unsur ganas yang keterlaluan atau unsur-unsur seks (disebut LUCAH) sehingga boleh mencalarkan pemikiran dan hati mana-mana pihak. Pun dengan sedikit penerangan secara informal dari salah seorang ORANG KUAT CESB, sudah cukup membuatkan aku menjadi lebih berhati-hati untuk melakar adegan-adegan KURANG BERMORAL di dalam karya.

Warkah Buat Zahra - bagi aku karya pertama aku yang agak BERAT berbanding karya-karya lain (Wajah Kekasih dan beberapa karya lain yang masih belum aku hantar ke mana-mana publisher). Meneropong ke dalam setiap watak dan perjalanan cerita Warkah Buat Zahra (WBZ), kadang-kala aku jadi seram sejuk.

Terdapat beberapa bab yang menyentuh mengenai hubungan terlarang, adegan yang menjurus ke arah 18SX dan beberapa 'mukadimah' perlakuan yang aku kira mungkin ada di kalangan pembaca novel akan merasakan bahawa aku ini adalah salah seorang 'pencetak' PERLAKUAN TIDAK BERMORAL.

Komen seorang teman - 'Citer ko ni hangat jugak. tak sabar aku nak tunggu citer ni keluar!' - membuatkan aku berfikir, akan layakkah WBZ ini diterbitkan setelah para editor meneliti setiap helaian tulisanku nanti?

Mungkin apa yang aku bariskan di sini masih belum boleh menampakkan lagi apa yang ingin aku sampaikan. Tunggu... akan ada satu bab yang bisa 'mengganggu gugat' ketenangan sesetengah orang apabila membacanya. insyaALLAH aku akan keluarkan bab itu di sini nanti...

Aku masih belum cukup keras memerah otak untuk menyiapkan novel ini pada masa yang telah aku 'bulatkan' sebagai tarikh penghantaran ke meja editor. Itu janji aku pada diriku sendiri dan pada seseorang. Namun malam ini, otakku harus berehat dan malam esok, otakku juga akan berehat untuk memberi ruang pada Lantai T Pinkie! hehehehe... Mana tahu kalau-kalau selepas melihat Nasha Aziz menari otakku juga akan menari?

3 Comments:

  • At Friday, May 05, 2006 12:53:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nasya...salam,

    Akak nak bagi pendapat sikit.

    Bagi akak novel2 yg diterbitkan kebanyakannya dibaca oleh remaja. Walau diletak mcm2 tanda utk 18sx ke apa ke, mrk pasti baca.

    Contoh, anak2 akak sendiri, kadang2 akak terpaksa sorokkan buku2 yg agak sx tapi ada kalanya terlepas jugak apabila buku2 tersebut dibaca oleh mereka.

    Spt akak dulu, anak akak juga gemar membaca walaupun umur baru 14 thn (gemar baca novel sejak umur 12 thn).

    Kadang2 susah nak kawal, so hanya penulis sajalah yg dpt membantu remaja2 ini dari tercebak ke kancah yg tidak bermoral.

    Walaupun setakat pegang2 tangan, tapi bagi akak selagi belum bernikah, selagi tulah sepatutnya watak2 yg ada tdk patut bersentuh-sentuhan.

    Dan akak paling minat baca buku Siti hanieza-CESB (kalau tak silap namanya ) Ceritanya byk memberi contoh yg baik.

    Selain tu novel karangan Rohani Din (CESB) pun menarik, kisah perjalanan hidupnya. Dah baca?? Teruja nak tahu kesudahannya tapi sampai skrg tak nampak bayang buku barunya.

    Jadi akak harap kalau Nashya menulis novel tu, selitkan sedikit nasihat utk anak2 remaja walaupun buku itu utk org dewasa dan jgnlah berlebih-lebihan dlm mendiscribe sesuatu perkara yg intim...

    Akak suka baca satu novel tak ingat tajuk tapi dr Alaf, walau ceritanya ttg sebuah perkahwinan tapi jln ceritanya membuat kita blh bayang sendiri dan kalau remaja yg baca mungkin tdk faham.

    Contohnya dia cerita pasal mlm pertama.....xxx bgn dr tidur, tersenyum lalu menarik cadar dan menggantikan dgn yg baru...(lebih kurang mcm tulah) so kita yg dewasa blh agak apa yg berlaku tapi yg remaja tu mungkin tak faham....

    oklah nashya itu saja komen yg akak boleh beri. Tulis buku utk mendidik bukan setakat seronok2 shj.

    wassalam.
    kak midah

     
  • At Saturday, May 20, 2006 9:33:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Your are Nice. And so is your site! Maybe you need some more pictures. Will return in the near future.
    »

     
  • At Friday, July 21, 2006 12:02:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Very best site. Keep working. Will return in the near future.
    »

     

Post a Comment

<< Home