--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Thursday, June 01, 2006

Apa Istimewanya Penulis Novel?


Kadang-kala aku buntu mahu menjawab soalan dari orang sekeliling.
  • Seronok ke jadi seorang penulis novel?
  • Apa perasaan bila ternampak novel sendiri ada di rak-rak kedai buku terkenal?
  • Mesti seronok dapat sign kat buku sendiri yang dibeli oleh orang ramai, kan?

Apa yang mesti aku jawab?
  • Huiiissshh.... seronok sungguh!!
  • Sure lah bangga sebab tengok buku kita ada dekat rak... kena pula waktu kita lalu tu ada yang pegang buku kita!
  • Ala... tak adalah seronok sangat, cuma lenguh jugalah tangan ni dok conteng-conteng atas page tu!

Hahahahaha... aku tak pasti sama ada itu jawapan yang sepatutnya aku berikan pada orang yang bertanya tapi yang aku tahu, menjadi seorang penulis novel tidak se'masyhur' yang orang selalu bayangkan!

Mungkin... ya, mungkin orang akan ingat menjadi seorang penulis novel adalah sesuatu yang membanggakan! Aku akui, memang seronok bila orang tahu aku ni penulis novel TAPI bagi aku tak ada istimewanya menjadi penulis novel ni. Biasa je...

Yang aku tahu, otak harus penuh dengan ilham untuk pastikan buku-buku yang seterusnya lebih baik dari buku yang sedia ada. Gaya penulisan harus matang. Dan, yang paling menakutkan selain dari menerima hakikat yang manuskrip 'diterajang' oleh editor ialah sambutan dari peminat-peminat novel! Hmm... ingat senang ke jadi penulis novel?

1 Comments:

Post a Comment

<< Home