--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Tuesday, November 07, 2006

Sesekali Menjengah

Assalammualaikum....

Menjengah muka sebaik sahaja Warkah Buat Zahra mencecah muka surat yang ke 300. Punyalah payah untuk aku sampai ke tahap tu.
(pesanan penaja - gambar kat sebelah ni gambar di pagi raya pertama!)

Alhamdulillah... dalam kepayahan memerah otak, akhirnya ada perkembangan terkini untuk anak kedua aku. Dan sekarang, aku tengah pulun untuk cuba siapkan sehingga muka surat ke 400 menjelang penghujung minggu ni. Boleh ke? Hehehehe....

Kadang-kadang aku jadi pelik bila tengok seorang penulis boleh keluarkan dua naskah novel dalam setahun. Dan kadang-kadang juga aku pelik bila seseorang penulis boleh menyiapkan senaskah novel dalam tempoh kurang dari enam bulan. Kenapa aku tak boleh? Kenapa mereka boleh? Hhmmm.... Aku tak boleh jadi seperti mereka. Sebab aku tak suka main tangkap muat ayat-ayat yang patut ada dalam novel aku! (Tapi itu tak bermakna aku cakap penulis yang lain main tangkap muat saja!)

Selebihnya, rutin harian aku yang memang terlalu tidak mengizinkan aku untuk terus menghadap komputer (sebab dah seharian ketuk papan kekunci di pejabat!) menyambung tugasan penulisan! Tunggu sajalah Warkah Buat Zahra di pasaran bila-bila masa sahaja hehehehe....



PESAN OPAH

Pesan Opah aku
Jangan jadi macam anjing
Minta t
olong ketika tersepit
Tapi bila sudah dilepaskan
Menggigit balik orang yang menolong
(Pesan Opah aku lagi - orang macam tu jangan buat kawan! Itu spesis busuk hati!)

Pesan Opah aku
Kalau seseorang tak suka kita
Itu tandanya
Dia cemburu kerana
Tak boleh jadi macam kita
(Pesan Opah aku lagi - Itu spesis manusia pendengki. Mesti dia ada sakit mental!)

Pesan Opah aku
Kalau ada orang buat jahat pada kita
Berdoa saja banyak-banyak pada ALLAH
Jangan balas balik kejahatan dia
(Pesan Opah aku lagi - Zaman sekarang semua bayar TUNAI! Hutang-hutang tak main!)

Pesan Opah aku
Jangan buat jahat pada orang lain
Dan cuba elak dari orang buat jahat pada kita
Tapi lagi elok elakkan dari berkawan dengan orang jahat
(Pesan Opah aku lagi - Kalau tiba-tiba tengah buat jahat, ALLAH tarik nyawa. Nanti kena soal nak jawab apa?)

Pesan Opah aku
Kalau nak memilih buah
Pilih yang luar buruk tapi dalam rasa manis
Sebab kalau pilih yang luar cantik tapi dalam rasa payau
Kita akan buang balik buah tu
(Pesan Opah aku lagi - cari kawan pun kena macam tu. Jangan cari yang cantik tapi mulut jahat. Tapi lagi elok kalau cari yang kurang cantik tapi hati baik!)
Komen aku - Aku sokong habis-habisan pesan opah aku! ;p


Nashya

Kantor Jalan Ampang

5 Comments:

Post a Comment

<< Home