Ulasan Novel : Cinderella Cinta - John Norafizan
Pelabuhan Dover menjadi saksi ikrar cinta agung Lara Mia dan Edri...
Pelabuhan Dover juga menjadi azimat kecekalan cinta Lara Mia yang hilang...
Dan...
Pelabuhan Dover juga menjadi nisan cinta suci yang bersemadi tanpa makam...
Bumi England menemukan mereka. Mengalun lagu rindu, menganyam permaidani cinta, menyulam janji di hati. Percintaan mereka bukanlah satu dongengan. Kasih yang mereka semai bukan untuk main-main. Andai mati, biar mati bersama.
Lara Mia dan Edri.
Mereka ibarat Uda dan Dara.
Boleh jua dikatakan seperti Romeo dan Juliet.
Atau juga Laila dan Majnun.
Namun kisah cinta mereka tiada penghalang! Cinta mereka terlerai bukan kerana tiada restu! Cinta mereka berkubur kerana janji dimungkiri!
Pemergian Edri ke bumi Pakistan meninggalkan coretan luka di dalam diari hidup Lara Mia. Pemergian tanpa pesan. Tiada kata-kata terakhir. Yang ada hanyalah tanda tanya. Seribu satu persoalan yang bersarang tanpa jawapan.
Tindakan Edri membuahkan sengsara kepada Lara Mia. Victor hadir menghulurkan kembali bahu untuk Lara Mia menangis. Masih menagih cinta yang bertepuk sebelah tangan, Victor sabar menanti sehingga pintu cinta Lara Mia terbuka untuknya. Cinta ditolak bukan bererti tiada peluang, cuma mungkin belum tiba masanya lagi untuk benih cinta bercambah. Biar dia terluka, asalkan Lara Mia bisa tersenyum kembali...
Langit Pakistan sekali lagi menyaksikan kecekalan Lara Mia. Menyertai rombongan Mercy Manchester bersama Victor, Maimoon dan Mohammad; Lara Mia menyimpan harapan yang menggunung untuk bertemu kembali dengan kekasih hati di negara itu.
Di bumi itulah, Lara Mia bertemu Salimullah dan Fatimah dalam usaha untuk membela nasib rakyat Thalkot. Harapan Lara Mia agar nasib kaum wanita di tanah Thalkot berubah (selain dari merubah nasib dirinya dan cintanya sendiri!).
Bermusim di Thalkot, wajah Edri masih segar di dalam ingatan Lara Mia. Namun mengapa jawapan semakin kelam? Satu persatu soalan hanya jatuh berguguran tanpa dijawab. Derita semakin parah, luka semakin mendalam. Ke mana menghilang arjuna hatinya? Bukankah Edri ke Pakistan untuk membantu rakyat di sana sejak dua tahun yang lalu?
Kepada Ona derita dikongsi bersama. Kepada Ona segala calitan hidup diberitakan. Mengapa masih juga belum ketemu orang yang dirindu? Mengapa terlalu payah untuk dia mengutip kembali serpihan cinta yang tinggal?
Pertemuan dengan Babar Yousofzai semakin merumitkan pencariannya. Langkah Lara Mia semakin tersekat. Antara pengorbanan yang harus diberi demi untuk mencari kembali kekasih hati yang hilang atau mengalah pada ugutan lalu terus meratap nasib rakyat Thalkot yang tidak akan berubah, Lara Mia terduduk mencari jawapan.
Zubeidah hadir merungkai segala-galanya. Episod hidup Zubeidah yang lara mendesahkan nafas lega di dalam pencarian Lara Mia. Zubeidah yang menjadi mangsa keadaan adalah punca segala rahsia terbongkar.
Dan sekali lagi...
Pelabuhan Dover menjadi hakim. Pengakhiran cinta yang kecundang... adakah akan tercantum kembali? Janji manis yang mengharapkan kemaafan... adakah mungkin akan menjadi dendam yang terindah? Cinta yang bertepuk sebelah tangan... mungkinkah benih cinta sudah mula bertunas dan akan terus menguntum?
Segala-galanya tertunai di Pelabuhan Dover...
Cinderella Cinta yang bahagiakah Lara Mia?
Atau... Cinderella Cinta yang merana kerana cinta?
Masih lagi... Pelabuhan Dover masih teguh untuk mengungkap segala persoalan...
"... hidup ini adalah rindu yang tak bertepian..."
Ulasan Rasmi
Nashya
16 May 2007
http://sebutirbintangdikakipelangi.blogspot.com

Labels: ulasan novel
15 Comments:
At Wednesday, May 16, 2007 12:18:00 PM, Anonymous said…
wah..pandai Ju review ..ni yg buat lyz nak beli buku JN..Cinderella Cinta.. tunggu nnti lyz dptkan nye
At Wednesday, May 16, 2007 12:39:00 PM, Nashya said…
hehehe... baru2 belajar ni lyz... segan lak ju dibuatnya... beli jgn xbeli... nti lyz lak leh wat review...
At Wednesday, May 16, 2007 1:33:00 PM, Anonymous said…
lyz wat review!kelakar nyer..nnti review nye bagus, x bagus, boring & blah blah...hehhe
At Wednesday, May 16, 2007 1:48:00 PM, John Norafizan said…
JN pun sungguh-sungguh terasa nak beli Cinderella Cinta bila baca ulasan Ju ni!!!!
Apa pun, terima kasih sangat-sangat di atas ulasan ini. Nampaknya JN mmg kena belanja makan nasi ambang kat Ju la ni!!!
At Wednesday, May 16, 2007 2:36:00 PM, Nashya said…
Alyze,
lawak betullah... bagus, xbagus.. hehehe... tp komen gk lah tuh kan...
JN,
xkn setakat ns ambang jek.. sup ketuk sekali lah... buleh hirup pakai straw cam dulu!! hahahaha...
At Thursday, May 17, 2007 10:15:00 AM, Anonymous said…
Pagi Ju..jeles la x dpt tinggal kan jejak kat tagboard 2..t/board 2 dengki dgn lyz x..dia takut kita bersembang x henti2..hehhe..nak diet seh...teruskan dgn niat suci Ju..hehhe
At Thursday, May 17, 2007 11:05:00 AM, Nashya said…
pagi lyz... hehehe... haah... kali ni kena all out diet... baju byk yg dh xmuat lah... lyz nk gigit pipi, ada sorg mamat kt opis ni nk cubit pipi... siap wat muka geram lagik kt ju each time kami bertembung... aissyy... gerun dibuatnya!! ahakss...
itulah pasal... ju nk tukar tagboard tu xsmpi lagiklah.. ju try wat dlm minggu ni jugak ek.. khas utk lyz...
At Thursday, May 17, 2007 12:31:00 PM, Anonymous said…
syg gak ju kat lyz ye..haa buat cepat2 nnti lyz pun leh lepak kat situ..boring la chat sorg2 kat sini...hhehee
At Thursday, May 17, 2007 12:52:00 PM, Nashya said…
ok nti ju wat ek...
At Friday, May 18, 2007 2:46:00 PM, Anonymous said…
Hi Ju..mkan laksa penang ari ni..sodap x.Ju order dgn Eby ke..hihihi
At Friday, May 18, 2007 3:16:00 PM, Anonymous said…
Eh .. mana tau ... semuanya laksa penang semua order dengan aku yek Alyze ..Hehe
~ebriza~
At Friday, May 18, 2007 3:18:00 PM, Anonymous said…
Eby..ko kan asal penang..jd sape2 mkn laksa penang..dorg order dgn ko la...hehehe
At Friday, May 18, 2007 4:17:00 PM, Nashya said…
entahnya... iza nti masaklah laksa penang ks kami makan... heehhe... time tu sure ju xkn diet... rugi woooo...
At Friday, May 25, 2007 11:56:00 AM, blackpurple @ jowopinter said…
Salam. Singgah.
Pernah terpandang buku itu di kedai buku rasanya. Cuma saya agak 'takut-takut' dan skeptikal sedikit dengan novel cinta.. Tak tau kenapa? he he he..
At Friday, May 25, 2007 12:40:00 PM, Nashya said…
salam... tx dtg melawat. rasanya kena cuba ubah persepsi tu hehehe.. sbb dlm novel ni sbnrnya nilai persahabatan yg wujud lebih menonjol klu kita baca betul2.. dan rasanya klu nk menilai sejauh mana kecekalan wanita, nilai2 tu ada dlm novel ni..
Post a Comment
<< Home