Sesekali Menjengah
Assalammualaikum....
Menjengah muka sebaik sahaja Warkah Buat Zahra mencecah muka surat yang ke 300. Punyalah payah untuk aku sampai ke tahap tu.
(pesanan penaja - gambar kat sebelah ni gambar di pagi raya pertama!)
Alhamdulillah... dalam kepayahan memerah otak, akhirnya ada perkembangan terkini untuk anak kedua aku. Dan sekarang, aku tengah pulun untuk cuba siapkan sehingga muka surat ke 400 menjelang penghujung minggu ni. Boleh ke? Hehehehe....
Kadang-kadang aku jadi pelik bila tengok seorang penulis boleh keluarkan dua naskah novel dalam setahun. Dan kadang-kadang juga aku pelik bila seseorang penulis boleh menyiapkan senaskah novel dalam tempoh kurang dari enam bulan. Kenapa aku tak boleh? Kenapa mereka boleh? Hhmmm.... Aku tak boleh jadi seperti mereka. Sebab aku tak suka main tangkap muat ayat-ayat yang patut ada dalam novel aku! (Tapi itu tak bermakna aku cakap penulis yang lain main tangkap muat saja!)
Selebihnya, rutin harian aku yang memang terlalu tidak mengizinkan aku untuk terus menghadap komputer (sebab dah seharian ketuk papan kekunci di pejabat!) menyambung tugasan penulisan! Tunggu sajalah Warkah Buat Zahra di pasaran bila-bila masa sahaja hehehehe....
PESAN OPAH
Pesan Opah aku
Jangan jadi macam anjing
Minta tolong ketika tersepit
Tapi bila sudah dilepaskan
Menggigit balik orang yang menolong
(Pesan Opah aku lagi - orang macam tu jangan buat kawan! Itu spesis busuk hati!)
Pesan Opah aku
Kalau seseorang tak suka kita
Itu tandanya
Dia cemburu kerana
Tak boleh jadi macam kita
(Pesan Opah aku lagi - Itu spesis manusia pendengki. Mesti dia ada sakit mental!)
Pesan Opah aku
Kalau ada orang buat jahat pada kita
Berdoa saja banyak-banyak pada ALLAH
Jangan balas balik kejahatan dia
(Pesan Opah aku lagi - Zaman sekarang semua bayar TUNAI! Hutang-hutang tak main!)
Pesan Opah aku
Jangan buat jahat pada orang lain
Dan cuba elak dari orang buat jahat pada kita
Tapi lagi elok elakkan dari berkawan dengan orang jahat
(Pesan Opah aku lagi - Kalau tiba-tiba tengah buat jahat, ALLAH tarik nyawa. Nanti kena soal nak jawab apa?)
Pesan Opah aku
Kalau nak memilih buah
Pilih yang luar buruk tapi dalam rasa manis
Sebab kalau pilih yang luar cantik tapi dalam rasa payau
Kita akan buang balik buah tu
(Pesan Opah aku lagi - cari kawan pun kena macam tu. Jangan cari yang cantik tapi mulut jahat. Tapi lagi elok kalau cari yang kurang cantik tapi hati baik!)
Komen aku - Aku sokong habis-habisan pesan opah aku! ;p
Nashya
Kantor Jalan Ampang

5 Comments:
At Friday, November 10, 2006 12:06:00 PM, Anonymous said…
nashya: saya setuju kata2 opah tu. kirim salam kat opah-mawar biru
At Thursday, November 16, 2006 4:15:00 PM, Anonymous said…
hai mawar biru. cam selalu je tgk nama ni kt blog adzam hehehe... tx sbb sudi tinggalkan jejak kt blog sy. sorrylah, xdpt smpikan slm akak tu sbb opah sy dh meninggal... anyway, thanks for the comment! :p
At Friday, December 08, 2006 3:35:00 PM, Mersik said…
nashya - Pesan2 opah mmg baik2 semenya. Terkilang kalau dia pergi lebih dulu.
Itu macam kalu, sampaikan salam kat "cucu" opah tuh jek la..alahaii
At Monday, December 11, 2006 11:29:00 AM, Anonymous said…
Mersik,
waalaikummussalam...
mmg betul.. apa yg org2 tua dok kata slalunya betul.. cuma kadang2 kita sbg anak muda ni tak mahu dgr. termasuklah saya... hehehee...
At Tuesday, December 12, 2006 2:32:00 PM, Anonymous said…
nashya: lantas kata2 opah menjadi terlalu bernilai harganya!-mawar biru
Post a Comment
<< Home