--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Monday, June 04, 2007

Keranamu Ain.... Keranamu Zahra....


Sabtu lepas ulangtahun kelahiran Ain yang pertama. Noris n Jaja tempah kek fondant 2kg dari aku n Sarah. Sehari sebelum tu, aku ngan Sarah dok pulun buat 150 pcs sleeping baby fondant cuppies untuk majlis harijadi anak saudara Azrin (Adam). Sib baik Ain datang, so pulun buat lah.. Kami siap ambil cuti lagi. Dari tengahari Khamis sampai Jumaat pukul 6 pg baru siap semua. Pagi Jumaat tu, aku call teksi, hantar aku sampai depan office. Melepek sungguh!!!


(Nota : Gambar ni adalah gambar kek Ain!)

Jumaat tu, aku terpaksa tido dulu sblm buat kek Ain ni. Demi Ain, aku gagahkan gak diri... he he he... tido kul 10 aku bgn kul 1 pg. siapkan cuppies utk door gift dulu then aku wat kepala cartoon ni... hahahaha... lawak betul!!! aku stress sepanjang mlm!! Strawberry Shortcake jd Strawberry Pancake!!! Sampai aku siap doa pjg2 dlm solat aku, biarlah... Demi Ain, biarlah kek ni menjadi!! Alhamdulillah... dlm stress2 tu siap gk kek ni. Sarah bangun je kul 5 tu, kami balut kek ngn fondant. Tak larat aku nak uli fondant dah... sakit2 tangan!

(Nota 2 : Gambar kt sebelah ni pula gambar sleeping babies untuk hari jadi Adam) ----------------------------------->

Jutaan terima kasih pada Noris n Jaja, Azrin sebab percaya pada kami untuk buat kek hari jadi pada anak-anak mereka. Stress aku terus hilang bila Noris beritahu aku tadi yang semua orang suka kek Ain. Lega terus dibuatnya! Ahaks...
Kerana Ain... aku rasa aku dah belajar banyak sangat selok belok fondant! Keranamu Ain!!!


Warkah buat Zahra sudah terlalu lama terbengkalai. Aku pun tak tahu bila nak siapkan novel aku yang kedua ni. Sebenarnya setiap kali orang tanya aku, aku pun dah naik muak dengan jawapan yang aku berikan pada orang.

"Tinggal sikit je lagi! Tinggal sikit je lagi!!"

Memanglah tinggal sikit je lagi. Tapi yang sikit-sikit tak siap-siap tu lah yang memuakkan aku! Entahlah... sekarang ni, aku lebih banyak bergantung harap dengan Nokia 6680 aku untuk sambung novel kat notepad. hehehehe... itu je lah caranya untuk aku habiskan masa aku selama setengah jam dalam Putra dari Kelana Jaya ke Ampang Park.

Jangan tanya aku kenapa aku terpaksa gunakan cara yang paling tak berkesan tu (tapi sesungguhnya ia berkesan sungguh pada aku sekarang!!) sebab itu aja caranya untuk aku menguatkan semangat aku untuk terus menulis.

Warkah Buat Zahra.... ramai yang menunggu. Termasuk aku!! Tapi bila nak keluar, aku pun tak tahu. Seorang teman komen pada aku, "warkah buat zahra memang boleh buat orang telan bergelen-gelen air liur!" MUAHAHAHAHAHA... aku pun telan bergelen-gelen jugak air liur nak siapkan Warkah Buat Zahra ni...

Keranamu Zahra.... aku rasa macam nak hantukkan kepala aku pada dinding dan bengong untuk seminggu!!! Alahai Zahra....

5 Comments:

Post a Comment

<< Home