Secebis coretan....
dua minggu yang berlalu dengan kepenatan mengejar kerja di pejabat dan kesibukan menerima tempahan membuatkan aku terfikir sejenak, kalau sejauh itu aku bisa menghabiskan masa untuk hal duniawi, mungkinkah bisa aku turut mengorbankan masa tidurku demi untuk bekalan ukhrawi?
kadang-kala kita terlupa...
bahawa setiap satu langkah yang kita ambil boleh membawa kita kepada pahala dan boleh juga mengheret kita ke pintu dosa...
kadang-kala kita alpa...
keseronokan mengejar kenikmatan dunia membuatkan kita jadi buta pada kegembiraan yang menanti kita di syurga...
kadang-kala kita sengaja...
mencari kelebihan di bumi untuk menutup keistimewaan di langit sana...
p/s andai engkau tidak bisa melakukan semua ibadah, memadailah dengan beristiqamah ke atas ibadah yang sedang engkau lakukan...
Nota Kaki : tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia, melainkan hanya sebagai muhasabah dan peringatan kepada diri penulis sendiri.

1 Comments:
At Tuesday, November 13, 2007 3:49:00 PM, Unknown said…
Betul tu... setuju sgt2...
Kadang2 kita lupa sehingga kita lebih mementingkan urusan dunia.
sehingga kita lupa dunia ini hya jambatan ke akhirat sana....
Post a Comment
<< Home