Perginya Cinta
Pudar,
Cinta yang terbayang
Semakin menghilang
Kelam,
Cinta yang dibaja
Kan kian tenggelam
Mengapa cinta yang bermula
Harus ada penyudahnya?
Mengapa rindu yang terbentuk
Perlu wujud pengakhirannya?
Aku tak bisa
Menghalang perginya cinta
Kerana rasa itu
Sudah tiada di hati ini
Aku tak upaya
Menahan hilangnya cinta
Kerana jiwa itu
Sudah mati di sini
Perginya cinta
Haruskah aku tangisi?
2 Comments:
At Thursday, November 20, 2008 3:16:00 AM, Sharifah Natasha said…
Salam alayk. Peginya cinta manusia, tidak perlu ditangisi sangat. Redha dan pasrah Insya Allah. Cinta dan sayang berbeza maknanya. Tetapi cinta Allah,sekiranya ia pergi berlalu, perlulah ditangisi..kerana Dia sahajalah yang penting untuk diri kita.
At Thursday, November 20, 2008 10:34:00 AM, Nashya said…
salam...
terima kasih sebab sudi memberi komen.. insyaALLAH.. cinta pada Ilahi akan tetap mekar di hati ini..
Post a Comment
<< Home