--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Tuesday, May 16, 2006

Komen Di Atas Komen



sudah beberapa hari aku membiarkan blog ini kesepian. bukan terlupa, bukan bosan tapi kesibukan membataskan diri untuk 'menunaikan' tanggungjawab pada 'anak kedua' ini.

sudah hampir dua minggu aku menidurkan komen dari kak midah. dan baru tadi, aku membaca komen dari nxn. setiap orang ada pandangan masing-masing. kerana itu, dunia penulisan dikategorikan kpd bbrp tema. remaja, dewasa, kanak-kanak, umum, ganas, thriller, 18SX dan sbgnya.

aku ingin menjawab komen kak midah dulu.

aku akui, remaja yang plg rmi membaca novel. mcm yg aku katakan dlm entri aku yg terdahulu, novel merupakan pemangkin kematangan remaja. zaman aku dulu, susah nk jumpa novel yg mjurus ke 18SX. dan aku pun sbnrnya kurang senang utk menulis sesuatu yg lucah. tp, aku memandang jauh ke depan (bkn utk beri ilmu ttg seks! ahaks!!) dlm hal lucah2 nih!

ilmu ttg seks ni smakin mdapat perhatian di msia. dlm thn2 kebelakangan ni, byk sgt gejala2 kurang elok yg melibatkan remaja terutamanya gadis. aku rasa, mereka mahu mencuba kerana mereka tak pernah didedahkan dgn pengetahuan ttg seks. ibu bapa terlalu berhati2 utk berbincang dgn anak2 ttg seks. mak ayah aku pun xpernah cerita dgn aku ttg ni. biasalah... orang timur! kita dididik dgn nilai2 mulia dan benda2 mcm ni bukanlah satu kebiasaan bagi kita.

sblm menulis novel baru aku ni, aku dh fikir betul2 akan natijah yang bakal aku terima. aku kena yakinkan pembaca bahawa seks itu boleh menjadi satu musibah jika kita salah menafsirkannya dan seks itu akan menjadi satu ilmu kalau kita tahu menilainya.

untuk apa aku menulis ttg adegan2 terlarang di dalam novel WBZ? ianya untuk mengajar aku dan pembaca menilai kelemahan dan kelebihan seseorang. matlamat aku tetap sama. mberi satu nilai 'KEBAIKAN' dlm karya aku. tak semestinya aku menulis kisah LUCAH, aku memberi gambaran ttg keLUCAHan itu dgn penuh. aku cuma menggarap mukadimah, isinya perlu diolah oleh minda pembaca. aku tidak mampu menunjukkan cara, tetapi aku bisa mberi penutupnya.

kalau nk diikutkan, zaman sekarang makin canggih. aku pun ada handphone kamera, tapi aku tak pernah pula terlintas nak merakam/dload adegan2 lucah yg 'popular' skg! tapi kenapa anak2 kita tahu mana sumber nak dapatkan semua tu? dari kawan2, dari internet, dari majalah yg dijual merata2. semuanya boleh dijadikan sumber...

aku sentiasa berdoa agar ilham yang diberikan pada aku bukan untuk sesuatu yang mendatangkan keburukan. aku menulis bukan untuk suka-suka. aku menulis untuk mematangkan diri aku dan orang lain. dan utk mencapai tahap kematangan, aku harus berani mencuba sesuatu yang aku sendiri ragu-ragu. aku harus teroka satu sempadan baru. dan insyaALLAH, satu KEBAIKAN itu akan dapat dilihat pada pengakhiran novel aku ni nanti. jangan risau, aku tidak akan menjadikan novel ini sebagai satu novel yang TERLARANG... hehehehe...

tapi, masih.... 'penangan' dari editor yang paling aku takut. aku cuba menggarap yang terbaik tapi kalau editor merasakan 'buah tangan' aku masih belum sempurna, mereka ada hak untuk 'meng-tong-sampah-kan' karya aku!

wah, panjang sungguh komen atas komen aku nih. untuk komen nxn, pendek saja.

itu baru mukadimah. itu baru satu bab yang mencorakkan satu pemandangan baru dalam novel aku. akan ada beberapa bab lagi yang akan aku tempelkan di sini untuk menerima komen. mungkin bagi yang biasa membaca novel romantik Inggeris, adegan tersebut hanya biasa. mungkin... tapi mungkin juga ada yang tak boleh terima?

apa-apa pun aku ucapkan terima kasih pada kak midah dan nxn untuk komen2 tu. aku hargai segala komen dan kritikan. insyaALLAH, aku akan sentiasa mengingatkan diri aku untuk menjadi seorang penulis yang boleh menjadi contoh yang baik kepada pembaca...

waktu untuk mengundurkan diri... salam sayang!muuuaahhh!!