--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Thursday, November 30, 2006

The RED KEBAYA - Ulasan aku

Semalam aku berkesempatan menonton the Red Kebaya di KLCC. Tajuk yang menarik dan pendukung-pendukung watak yang asing pada aku menjadi satu daya tarikan untuk aku pergi menonton (pun disebabkan aku mula minat pada kebaya selepas menonton Lantai T Pinkie!)

Wayang tak ramai orang - mungkin sebab hari bekerja - mujur juga, dapatlah aku menonton dengan tenang!

Jalan cerita yang simple! Aku suka bila tengok cerita yang jalan ceritanya indah dan mudah difahami tapi menarik minat aku untuk terus menonton sampai tak mahu tinggalkan kerusi wayang. Memek muka setiap dari pelakonnya banyak membantu perjalanan cerita The Red Kebaya menjadi cerita yang bagus! Pendek kata, The Red Kebaya adalah lebih baik dari beberapa buah filem Melayu 'Melayu' yang sedang ditayangkan sekarang!

Kisah seorang jurugambar yatim piatu yang mencari asal usulnya. Aku suka watak Latiff (yang didukung oleh saudara Ramli - aku jarang sekali tengok lakonan dia!) yang seolah-olah hilang punca dalam mencari sejarah kehidupannya yang hilang. Aku suka watak Azizah (Vanidah Imran) yang masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran walau terpaksa menggedik di pentas joget (sama juga macam T Pinkie! hehehehe...) Aku juga suka watak Mrs Reynolds lakonan Samantha Schubert yang Queen Control. Cuma aku kurang suka dengan watak Mr Reynolds (Bob Mercer) yang cengeng (aku tak tahu pula seorang lelaki boleh menjadi terlalu sensitif sehingga menangis tersedu-sedu waktu meluahkan perasaan cintanya! Ahaks... Maafkan aku, tuan pengarah!) dan murah sungguh nilai air matanya!

Sepanjang rentetan perjalanan Latiff ke Penang, watak dua orang kanak-kanak yang membawa layang-layang berwarna biru banyak membuahkan persoalan (yang akhirnya terjawab di pengakhiran cerita!) dalam kepala aku. Segala kebetulan yang berlaku sebenarnya mempunyai banyak maksud tersirat (seperti Dejavu) bagi diri Latiff.

Aku memang kasi 'Double Thumbs Up' untuk cerita arahan Oliver Knott ini. Terlalu jarang sekali aku kasi DTU pada cerita-cerita Melayu (sebenarnya terlalu jarang sekali aku menonton wayang Melayu di pawagam melainkan beli vcd cetak rompak! Ahaksss) tapi untuk cerita ni, memang aku rasa kagum sungguh! Kalau semua pengarah dapat buat cerita Melayu macam ni, aku yakin filem Melayu boleh dijual di peringkat antarabangsa. Tak malulah nak bawa filem ni ke mana-mana festival filem (jangan pula ada yang kata aku angkat gila cerita ni sebab dialognya banyak dalam bahasa penjajah!) ---> aku bukan bercakap fasal bahasa tapi fasal jalan cerita!

Cuma, yang masih menjadi satu ketidakpuasan hati pada aku - kenapa cerita ni perlu diberi tajuk The Red Kebaya dan bukannya The Blue Kite sebab bagi aku, simbolik layang-layang biru dan dua orang kanak-kanak yang berada di mana sahaja Latiff pergi lebih sesuai untuk dijadikan tajuk cerita.

JAWAPANNYA : THE RED KEBAYA lagi mempunyai nilai komersial dari THE BLUE KITE! Terimalah seadanya!

wassalam

Nashya
kantor Jalan Ampang