--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Sunday, May 28, 2006

Warkah Buat Zahra - Bab Lapan




Agak lama Faridah Hanum berlegar-legar tanpa henti di dalam biliknya. Fedelia hanya memerhati tanpa bicara. Gelagat Faridah Hanum menyesakkan benaknya tetapi dia tidak berani bertanya apa-apa.

Kesan calar balar pada lengan Faridah Hanum masih kelihatan. Sayu hati Fedelia melihat keadaan Faridah Hanum. Dia masih ingat lagi pada malam dia menunggu Faridah Hanum di bilik.

“God!! What happened to you?”

Faridah Hanum menepis tangan Fedelia yang cuba menyentuh pipinya yang luka berdarah. Dia menghempaskan badan ke katil. Hatinya masih panas membara. Tangan diletak di atas dahi – seolah-olah memikirkan sesuatu.

“What’s wrong, dear? Kenapa sampai jadi macam ni?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fedelia. Dia duduk di sebelah Faridah Hanum yang masih membatukan diri.

“Go away, Fed. I need some space for myself!”

“Farid! Aku tunggu engkau bagai nak gila dekat dalam bilik ni, tahu tak? Lepas tu, senang-senang je engkau nak halau aku! Engkau ingat aku ni tunggul ke? Engkau merendek berapa lama dengan minah tu?”

“Celaka betul! Engkau pekak ke? Tak dengar apa yang aku cakap tadi? Aku tak ada mood nak melayan engkau malam ni. Engkau boleh balik bilik engkau!”

“Wah! Senangnya engkau cakap. Waktu engkau perlukan aku, engkau pujuk rayu aku. Bila tak mahu, engkau campak aku macam sampah!”

“Please, Fed. Now is not a suitable time to fight or to discuss about anything.” Suara Faridah Hanum mengendur apabila dilihatnya Fedelia sudah mula naik angin.

“Sekurang-kurangnya engkau boleh cakap lembut-lembut dengan aku, kan? Engkau ingat aku suka nak tunggu engkau sebegini lama? Aku bertekak dengan pakwe aku sebab batalkan dating kami, alih-alih ini yang aku dapat? Aku tunggu engkau bagai nak mati, engkau merendek dengan minah tu sampai pukul berapa baru balik, lepas tu nak marah-marah aku? Aku tanya sikit, engkau dah melenting! Kalau pun dah tak ingin nak pakai aku, cakap baik-baik. Aku boleh cari orang lain!”

“Fed, listen! Mood aku tak berapa baik malam ni. Aku bukan merendek dengan minah sial tu, engkau tahu? Aku bergaduh dengan dia! Engkau ingat, kalau aku merendek, aku akan dapat luka macam ni? Aku belum pernah lagi merendek dengan minah lain selain engkau! Tapi malam ni betul aku cakap, aku tak ada mood langsung nak cakap apa-apa dengan engkau. Lebih-lebih lagi pasal minah sial tu. So, malam ni cancel.”

“Engkau ni cakap tak serupa bikin lah, Farid!”

“Sorry, dear. I really cannot make it tonight. Engkau tak simpati ke tengok aku dah luka-luka macam ni? Bila aku dah okay nanti aku janji kita on, ya!”

“Sudahlah, Farid! Malas aku nak layan engkau!” Fedelia bangun.

“Fed! Fed!”

Tersentak Fedelia apabila bahunya ditepuk oleh Faridah Hanum. Faridah Hanum sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Engkau termenung ni kenapa?”

“Risau tengok engkau. Gelisah semacam saja.”

“Aku dah okay. Percayalah… kalau tidak, takkan aku ajak engkau tidur kat bilik aku malam ni.”

“Mak engkau tak tanya kenapa engkau tak balik minggu ni? Engkau dah janji nak balik, kan?”

“Apa yang aku dapat kalau balik rumah? Takkan aku nak merendek dengan emak aku pula?”

Faridah Hanum sudah mula menggeselkan tangannya dengan tangan Fedelia. Fedelia tersenyum lebar. Hampir sebulan mereka ‘berpuasa’ kerana teman sebilik Faridah Hanum tidak pulang ke kampung halaman. Tetapi malam ini merupakan malam ‘berbuka’ bagi mereka berdua. Tiada halangan di hadapan mata. Nafsu sudah mula mahu bermaharajalela.

“Engkau rindukan aku, betul tak?” Soal Faridah Hanum sambil mengusap lembut pipi Fedelia. Fedelia melintukkan kepalanya ke bahu Faridah Hanum.

Desahan nafas Faridah Hanum jelas kedengaran di cuping telinga Fedelia. Gerakan nafas itu agak kencang, mungkin kerana ombak rindu sudah mula menguasai dirinya. Fedelia memaut pinggang Faridah Hanum. Erat dan kemas.

Perlahan-lahan Faridah Hanum membaringkan Fedelia ke katil. Fedelia menurut tanpa banyak bicara. Tiada kata yang terucap. Mereka berdua sedang enak melayan nafsu masing-masing yang sudah dikuasai syaitan.

Tangan Faridah Hanum mula memainkan peranan. Bertindak sebagai ‘lelaki’, Faridah Hanum memang bijak membuatkan Fedelia kelemasan dalam mengharungi pelayaran mereka.

Fedelia mendengus lembut apabila tangan Faridah Hanum mula membuka kancing baju dalamnya. Faridah Hanum tersenyum galak. Kerlipan mata Fedelia yang sudah mula melayu membuktikan betapa gadis itu benar-benar dahagakan belaiannya.

Mereka bercumbuan agak lama. Tarikan nafas masing-masing jelas kedengaran. Tarian jemari semakin rancak membuatkan cadar berkeronyok apabila mereka bergomol kasar. Sesekali kedengaran rengekan manja Fedelia memohon dan memohon agar pelayaran diteruskan.

Dan, katil menjadi saksi cinta songsang yang mereka cipta. Cinta di antara kaum sejenis yang menjanjikan kemenangan di pihak syaitan! Mereka belayar dan mengharungi lautan asmara tanpa rasa sesal dan insaf. Seolah-olah tiada maut yang boleh menjemput dan tiada hukuman yang akan dijatuhkan kelak.

Usai belayar di lautan larangan, mereka terbaring lesu di katil. Tangan Faridah Hanum masih memaut pinggang Fedelia dan Fedelia menekupkan mukanya di dada Faridah Hanum. Keletihan memaksa mereka melelapkan mata.

Hampir setengah jam berlalu apabila secara tiba-tiba mereka dikejutkan dengan ketukan yang bertalu-talu di pintu bilik. Dalam kelemahan, Faridah Hanum menyarung baju ke badannya dan menggerakkan Fedelia supaya turut berbuat demikian.

Terkocoh-kocoh Fedelia menyarung baju ke badan. Terpisat-pisat dia apabila melihat beberapa orang pelajar yang berkelubung berdiri di hadapan pintu bilik Faridah Hanum.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam,” balas Faridah Hanum dengan wajah yang pucat. Fedelia duduk di katil. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka semua.

“Kami nak buat spot check sebentar. Maaflah kalau mengganggu,” kata ketua kumpulan itu. Faridah Hanum tahu, mereka semua adalah ahli jawatankuasa kolej. Ada di antara mereka yang memang dia kenal sungguh kerana pernah bertugas bersama di dalam Minggu Orentasi.

“Err… silakanlah.”

Dua orang dari mereka menuju ke meja tulis yang terletak berhadapan dengan tingkap. Salah seorang pula membuka almari baju Faridah Hanum.

“Eh, kenapa benda ni bersepah?”

Semua mata tertumpu pada seorang gadis yang memakai tudung labuh dan berjubah merah jambu. Gadis itu memegang baju dalam bercorak belang harimau milik Fedelia. Segera pula Fedelia merampas baju dalam itu dari tangannya.

“Awak bukan ahli bilik ni, kan?”

Diam. Fedelia tidak mengangguk mahu pun menggeleng. Dia ketakutan. Sepanjang mereka menjalankan aktiviti berasmara belum pernah lagi mereka tertangkap. Entah apa sialnya malam itu, jawatankuasa kolej membuat spot check.

“Saya tanya ni, awak bukan ahli bilik ni, kan?”

“Saya temankan dia tidur malam ni. Kawan sebilik dia balik kampung.”

“Teman? Habis tu, awak tidur sekatil ke? Saya tengok, katil yang lagi satu tu elok saja tak berusik. Kalau setakat temankan dia tidur, takkanlah kena tidur satu katil? Tak rimas ke tidur berdua atas katil yang kecil?”

Diam lagi. Faridah Hanum sudah mula merengus. Dia sakit hati kerana rahsia yang disimpan selama ini sudah mahu bocor. Dia dapat melihat, lubang tembelangnya sudah disiat sedikit demi sedikit oleh kumpulan gadis bertudung labuh itu.

“Ini hah! Sampai bersepah-sepah pakaian dalam awak ni kenapa? Takkan tak sempat nak gantung elok-elok? Rambut kusut masai! Tidur buas sangat ke sampai porak peranda keadaan awak ni? T-shirt tu pun pakai terbalik! Seluar pun tak pakai! Astaghfirullahal ‘azim… apa yang awak berdua dah buat ni? Mencurigakan sungguh!”

Fedelia membelek diri. Dia tidak sedar t-shirt yang disarung ke badan rupanya terbalik kerana mahu cepat tadi. Wajahnya merona merah. Malu pada jemaah yang dapat menghidu perbuatan mereka.

“Ukhtie, masuk.” Salah seorang dari mereka menghubungi rakan mereka menerusi walkie talkie. Ada di antara mereka menggelengkan kepala. Tidak sia-sia mereka membuat spot check malam ini kerana mereka telah berjaya membongkar rahsia Faridah Hanum.

“Assalammualaikum. Teruskan Hajar.”

“Waalaikummussalam. Rasanya kita mesti buat mesyuarat tergempar malam ini juga, ukhtie. Ada perkara memeranjatkan dah berlaku. Astaghfirullahal ‘azim, mengucap panjang saya.”

“Kenapa? Ukhtie di mana sekarang?”

“Di kampus tingkat 2. Kita jumpa di bilik mesyuarat dalam setengah jam lagi ya.”

“InsyaALLAH, jumpa di sana.”

“Sekarang saya nak ambil butiran awak berdua. Kami mesti membawa perkara ni kepada pihak atasan. Faridah Hanum, jangan sampai saya hilang hormat pada awak!” Gadis yang bernama Hajar memberi amaran kepada Faridah Hanum.

Tiada jawapan dari Faridah Hanum. Dia menggertap bibir menahan geram. Lancang sungguh mulut gadis itu! Kalau tidak mengenangkan sahabat-sahabat gadis itu berada di situ, sudah lama dia ganyang mulut Hajar agar gadis itu tahu dia bukan orang yang boleh dibuat main.

Hajar mengambil butiran peribadi Fedelia dan Faridah Hanum. Fedelia dibawa ke tandas oleh salah seorang rakan Hajar. Sambil mengerling ke arah Hajar, Faridah Hanum mencebik. Hatinya sakit apabila melihat wajah selamba Hajar yang sedang mencatatkan laporan di dalam buku kolej.

Faridah Hanum tahu, perkara itu pasti akan sampai ke pengetahuan keluarganya. Faridah Hanum tidak mahu ambil kisah tentang itu semua. Selama ini pun dia hidup berseorangan. Tiada siapa yang mengambil peduli tentang dirinya. Kalau kali ini keluarganya mahu campur tangan juga, dia akan bangkit untuk mempertahankan haknya.

“InsyaALLAH kita akan berjumpa di mahkamah kolej nanti, Faridah Hanum. Kes awak yang mencurigakan ini akan saya hadapkan ke mahkamah dan kita akan tengok sama ada awak bersalah atau tidak. Berdoalah banyak-banyak semoga ALLAH SWT menunjukkan kebenaran.”

Sinis sindiran Hajar menyentuh cuping telinga lalu terus ke otaknya. Faridah Hanum memandang tajam ke arah Hajar. Dia tahu, gadis itu tidak pernah sukakannya selama ini. Hajar akan cuba membuktikan dia bersalah! Itu yang dia tahu.

“Terima kasih, Hajar. Aku harap engkau akan menemui jawapan yang engkau cari. Tapi engkau jangan ingat aku akan berdiam diri. Aku takkan biarkan engkau buat sesuka hati engkau. Ini Faridah Hanum. Dan aku bukan orang yang senang dipermainkan.”

“InsyaALLAH. Kita tengoklah nanti. Aku hanya mencari satu kebenaran. Semoga ALLAH SWT memberi petunjuk pada aku. Terima kasih di atas peringatan engkau tu. Aku takkan lupa, Faridah Hanum. Aku bukan jenis yang mudah lupa. Tapi engkau pun harus ingat, aku ni seorang yang tak mudah mengalah. Selagi aku rasa aku berada di pihak yang benar, aku akan tegakkan kebenaran. Aku berpegang pada syariat ALLAH SWT dan aku yakin, selagi aku berada dalam lindungan-NYA, tiada satu pun yang boleh menggugat aku. Assalammualaikum.”

Hajar keluar dari bilik Faridah Hanum setelah selesai membuat catatan di buku laporan. Rakan-rakannya yang lain juga turut keluar – mengheret Fedelia bersama-sama mereka – meninggalkan Faridah Hanum yang masih menahan geram di hati.


Secalit Tinta Seuntai Kata - aku mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan untuk mana-mana entri yg aku masukkan di dalam blog ini. andainya komen itu terlalu panjang, bolehlah hantar terus ke emel aku:
none.east@gmail.com