--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Thursday, October 12, 2006

Warkah Buat Zahra - Bab Tiga Belas


Bab Tiga Belas.

I datang ke sini tak ada yang kisah ke?”

Zahratul Marina tersenyum meleret. Selimut tebal yang membungkus dirinya ditarik sehingga ke paras leher. Kesejukan penghawa dingin yang memenuhi ruang bilik itu sesekali membuatkan matanya mahu terlelap semula.

Fitri mengelus rambut Zahratul Marina yang berjuntaian jatuh ke dahi. Gadis itu sudah lama diidamkan. Selama ini dia sudah puas menabur wang ringgit untuk membeli hati Zahratul Marina. Bukan sikit-sikit wang sudah dibelanjakan olehnya tetapi untuk memegang tangan Zahratul Marina memerlukan ‘modal’ yang agak besar.

Fitri tahu Zahratul Marina ‘gundik’ Dato’ Jalal. Sejak setahun yang lalu, Zahratul Marina kerap menemani Dato’ Jalal ke mana saja majlis besar yang dianjurkan oleh orang-orang kenamaan. Zahratul Marina bijak membawa diri dan memainkan peranan di tengah-tengah khalayak orang ternama.

Bersama Dato’ Jalal, Zahratul Marina mula mengumpul koleksi teman-teman untuk berseronok. Segala aktiviti bersama anak-anak muda hanya dilakukan apabila Dato’ Jalal tidak mencarinya. Sementelah pula, apartmen yang telah dibelikan untuk Zahratul Marina hanya akan dikunjungi oleh Dato’ Jalal apabila dia memerlukan khidmat gadis berkenaan.

Apartmen ni milik I. Siapa pun yang datang ke sini, sudah pasti atas undangan I. Jadi, tak ada alasan untuk orang lain merasa marah atau tergugat, betul tak?”

“Walau pun sugar daddy you sendiri? Bukankah property ni dibeli oleh dia untuk you?”

Segera Zahratul Marina berpusing membelakangkan Fitri. Dia tidak suka nama Dato’ Jalal disebut apabila dia berada bersama lelaki lain. Wajah Dato’ Jalal yang sering dahagakan belaian darinya itu membuatkan dia terasa rindu kepada Dato’ Jalal.

Fitri yang menyedari perubahan pada riak wajah Zahratul Marina mula berasa serba salah. Segera pula dia kembali berbaring dan melingkarkan tangannya memeluk pinggang Zahratul Marina yang tidak disaluti sehelai benang pun. Di bawah selimut tebal itu, lingkaran tangan Fitri menerbitkan kehangatan yang diperlukan oleh Zahratul Marina.

Sorry, honeyI tak bermaksud nak kecilkan hati you. I cuma tak mahu you terpaksa bersoal jawab dengan Dato’ Jalal nanti. Kalau dia tahu you bawa balik jantan lain ke dalam rumah ni, pasti teruk you kena nanti.”

Kembali memusingkan badannya menghadap Fitri, Zahratul Marina tersenyum manis. Perwatakannya kembali normal. Dengan lagak manjanya, dia bermain-main dengan bulu nipis yang tumbuh di dada Fitri. Fitri memang terkenal di kalangan kenalan Dato’ Jalal sebagai anak muda yang berjaya di dalam empayar perniagaannya.

Dia merapatkan badannya ke badan Fitri. Kali ini, tangannya pula yang melingkar ke pinggang Fitri. Ingatannya terbang mengingati kenangan bersama Fitri malam tadi. Mereka menghabiskan masa di bilik itu sejak pukul tujuh malam sehingga sekarang. Kali pertama membiarkan dirinya diuliti oleh Fitri sepuas hati pemuda itu, Zahratul Marina mengakui ‘kebuasan’ Fitri lebih memuaskan hatinya berbanding bersama Dato’ Jalal.

I miss you!” Ucap Zahratul Marina perlahan sambil menggigit telinga Fitri.

I masih di sini, honey. I belum pergi ke mana-mana lagi. Takkan secepat itu sudah rindukan I?” Fitri membiarkan bibir Zahratul Marina merayap di batang lehernya. Kucupan dan gigitan dari gadis itu mengghairahkan. Zahratul Marina menggunakan pengalamannya untuk memberi kepuasan kepada Fitri.

I rindukan you yang malam tadi,” ujar Zahratul Marina dengan suara yang sengaja ditekankan. Dia mahu Fitri merasa terangsang dengan godaannya.

Really? You masih mahu siaran ulangan lagi ke? I tak busy hari ni. I can spend another whole day dengan you kalau itu yang you mahukan.” Fitri menguji Zahratul Marina.

Segera pula kepala digelengkan laju-laju. Zahratul Marina tidak mahu menunjukkan kegelojohannya untuk terus bersama Fitri. Rentak tariannya harus diselarikan agar Fitri tidak cepat bosan dan berada lebih lama di sampingnya. Dia harus bersikap main tarik tali dengan Fitri. Biar lelaki itu merasa seksa menahan rasa ‘puasa’ untuk bersamanya lagi. Itulah yang dia lakukan sebulan yang lalu apabila Fitri mula cuba masuk jarum untuk memilikinya.

“Habis itu, you yang cakap you rindukan I yang malam tadi?” Suara Fitri sudah mula berubah. Zahratul Marina cuba mempermainkannya. Apabila dia sudah terangsang, gadis itu pula yang bermain kata.

I mahu simpan kenangan malam tadi untuk membuatkan I sentiasa rindukan you. I sudah cukup penat malam tadi sehingga sekarang, Fitri. Hari ni, I mahu relax. Esok sudah kerja balik. Kalau Dato’ Jalal tengok I tak bermaya saja, mesti dia syak sesuatu. You juga yang cakap kalau boleh tak mahu I kena bersoal jawab dengan dia, kan?”

Fitri mengeluh. Dia tidak suka Zahratul Marina memperhambakan diri dengan menjadi perempuan simpanan lelaki itu sedangkan jalan halal terbentang di hadapan mata mereka. Walaupun dia bukanlah lelaki baik, tetapi dia tidak sanggup terus-terusan melihat Zahratul Marina memperdagangkan tubuhnya untuk mendapat kemewahan dengan cara itu.

Melihatkan Fitri mengeluh, Zahratul Marina memaut batang lehernya dan meletakkan bibirnya ke atas bibir Fitri. Kegelisahan yang mencengkam di dalam hati Fitri harus dihapuskan serta-merta. Dia tidak mahu Fitri memikirkan apa-apa sahaja tentang masa hadapan kerana dia sendiri tidak pernah memikirkan tentang itu.

Fitri membiarkan Zahratul Marina mengucup bibirnya sebelum dia membalas kucupan itu agak lama. Mereka bergulingan di atas katil sebelum masing-masing mula mendesahkan nafas kencang. Baik Fitri mahu pun Zahratul Marina rancak memainkan peranan di atas katil.

Hanya selepas setengah jam mereka kembali terdampar keletihan dan melelapkan mata. Hilang segala kerunsingan di benak Fitri, berganti pula dengan kepenatan sehingga mahu membuka mata pun dia tak mampu. Bibirnya mengorak senyuman. Dia tahu, peluang untuk dia menggantikan tempat Dato’ Jalal terbuka luas.

Zahratul Marina di sebelah yang sedang nyenyak tidur diperhatikan dengan ekor mata. Digagahkan diri untuk bangun dan melihat jam di meja sisi katil. Sudah pukul sepuluh pagi. Dia harus pulang. Semalaman di rumah Zahratul Marina tanpa menghantar khabar berita kepada tunangnya pasti akan menimbulkan syak wasangka kepada gadis berdarah kacukan itu.

Telefon bimbit yang dimatikan sejak petang semalam segera dihidupkan kembali. Fitri tahu, pasti banyak pesanan yang singgah ke voice message.

Deringan yang bertalu-talu di telefon bimbit Fitri menyedarkan Zahratul Marina dari mimpi yang indah. Dia menggenyeh-genyeh mata dan memandang ke arah Fitri yang sedang bercakap di telefon dalam nada suara yang rendah.

I kena pergi sekarang. Suzie dah mula nak mengamuk tu. Sejak semalam dia cari I tak jumpa. Kalau I tak datang sekarang, habis barang-barang dekat restoran tu dia tolong kemas nanti!”

“Hmm… takut sangat dengan perempuan tu! You belum jadi hak milik kekal dia lagi, Fitri. Lagipun you lelaki, kenapa mesti tunduk pada dia? Sesekali biarkan dia menunggu. Selama ini pun you dah penat melayan dia, kan? Apa salahnya buat dia rasa apa yang you rasa pula?”

Panas hati Zahratul Marina mengenangkan perangai Suzieana. Dia banyak mendengar cerita yang kurang enak dari Fitri mengenai gadis bongkak itu. Mentang-mentang keluarga Fitri sayangkan dia, segala kemahuannya harus dituruti. Zahratul Marina tahu, Fitri terpaksa bertunang dengan Suzieana untuk menjaga imej keluarga korporat mereka.

“Huh, imej keparat adalah!” Terkeluar kata-kata itu dari mulut Zahratul Marina.

“Apa you cakap, Rina?”

“Err…. Tak ada apa-apa. You tak mahu temankan I mandi? Tak best lah mandi sorang-sorang,” rengek Zahratul Marina. Dia memegang tangan Fitri yang sudah mahu mencapai seluar.

I kena cepat, Rina. Next time, okay? I janji, lain kali kita pergi holiday bersama, luar dari Malaysia. Waktu tu kita boleh buat apa saja.”

Zahratul Marina sudah memuncungkan bibirnya. Dia tidak mengharapkan kata janji dari Fitri untuk hari mendatang. Yang dia mahukan segala apa yang dia pinta sekarang termakbul. Dia bukan jenis yang boleh bersabar jika kemahuannya ditolak.

“Sampai hati you nak tinggalkan I macam ni saja. You pun sama macam lelaki-lelaki lain yang I kenal. Bila you mahukan sesuatu dari I, you pujuk rayu I. Tapi bila you dah kenyang buntang, you tinggalkan I terkontang-kanting seorang diri! Men are the same!!”

Fitri tidak jadi mahu menyarung seluar. Wajah Zahratul Marina yang kuncam direnung lama. Gadis itu terlalu sensitif. Mengapa harus sensitif sedangkan jalan hidup ini dicari sendiri?

I bukan nak tinggalkan you macam tu saja, Rina. Tapi I ada hal penting ni.” Separuh memujuk Fitri berbisik ke telinga Zahratul Marina.

“Temankan I mandi sekejap saja. Bukan lama pun. Lagipun, takkan you nak pergi berjumpa Suzie dengan wajah macam tu? Tak mandi segala. Bau badan I pun melekat dekat badan you tu. Mahu tembelang pecah?” Zahratul Marina seakan mengugut.

Segera dia bangun dan turun dari katil. Dia tahu, Fitri akan menurut gerak langkahnya ke bilik air. Tubuhnya yang tidak berpakaian melenggang berjalan mendekati almari lalu mengeluarkan tuala dari laci. Fitri meneguk air liur. Tindakan Zahratul Marina benar-benar mencabar keimanannya.

Segera dia mencampak kembali seluar dan menurut langkah Zahratul Marina dari belakang lalu mencempung tubuh langsing gadis itu. Zahratul Marina ketawa apabila Fitri melambungnya masuk ke dalam bilik mandi. Ketawanya lebih kuat apabila Fitri mencurahkan air dari shower ke badannya. Kesejukan yang mencengkam membuatkan Zahratul Marina menggigil dan Fitri pula mengambil kesempatan memeluk gadis itu erat-erat. Dalam deraian percikan air paip itu, mereka saling membersihkan diri dari segala noda (tetapi bukan dosa!).

Dan, telefon bimbit Fitri berdering lagi…