--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Wednesday, May 24, 2006

Bila Derap Kasut Berbicara... dan Bila Mata Pena Menari...


assalammualaikum...

"Lantai ini adalah tempat untuk kasut-kasut berbicara!"

Dialog T
Pinkie apabila bermonolog tentang lelaki-lelaki yang datang ke kelab malam.

aku sempat meluangkan masa pada 5 May 2006 yg lps utk 'menemui' pelakon2 teater muzikal Lantai T Pinkie di Istana Budaya. hmm... lama sungguh memerapkan entri ini. bukan tiada idea, tetapi tiada masa utk mengemaskan idea di dlm otak ini
utk menggarap.

berbicara ttg 'derap kasut' yg berhentakan di lantai, sbnrnya menyedarkan aku bahawa bukan hanya di Lantai T Pinkie shj kasut2 itu menceritakan sesuatu kisah. well... dialog2 yg digunakan adakalanya sukar utk difahami. mujur juga aku duduk di barisan yg agak 'terkehadapan' jd agak mudah utk aku 'menangkap' bait2 ayat yg dilontarkan. tp itu semua xmenjadi kisah sbb aku mmg sukakan teater ni! hehehe...

watak T Pinkie dihidupkan dari karya sasterawan negara Datuk A Samad Said. bermula dr pena, watak itu muncul di alam realiti. dan kisah T Pinkie sbnrnya adalah kisah yg berlaku di sekitar tahun 1950-an. kekuatan jalan cerita LTP bukan terletak pd lakonan Nasha sbg Tengku Pinkie atau Nyai Sunarti yg didokong oleh Azizah Mahzan (aku cukup suka dia ni berlakon!), atau juga Wak Merdeka (Jalaluddin Hassan) dan Puteh Su (Soo Ai Ling), juga bukan pd Siti Udaya (Abby Abadi) atau Musalmah (Vanidah Imran)... kekuatan LTP adalah pd JALAN CERITAnya. perjalanan hidup si penari joget di Bunga Joget Moden. LTP menjadi kuat kerana cerita Nyai Sunarti yg setia menanti kekasih hati. LTP juga kuat kerana kisah kesungguhan Puteh Su Abdullah memenangi hati Wak Merdeka!

aku xmahu berbicara lebih ttg LTP, terlalu byk komen tlh diberi oleh org lain. cukup! yg aku mahu bicarakan di sini, ttg cerita2 yg berlaku di alam realiti. sbnrnya masih lg berkisar ttg novel. hmm... bicara apa lg yg bisa aku garapkan di sini selain dari kisah novel, betul tak? Lantai T Pinkie menjadi KUAT kerana OLAHAN DAN GARAPAN pengarangnya. seperti juga NOVEL. TUNJANG UTAMA utk menentukan sejauh mana novel itu berkesan ialah menerusi garapan pena si penulis.

terus terang, aku masih baru dlm bidang ini. kalau utk dilihat dari aspek penulisan biasa, ya memang aku akui sejak zaman sekolah dulu aku dikenali ramai kerana bakat menulis TETAPI, dlm bidang penulisan novel ini, aku hanyalah seperti seorang anak kecil yg sedang belajar bertatih dan memerlukan bantuan orang lain supaya tidak jatuh.

siapa tak mahu menjadi seperti Datuk A Samad Said,
Usman Awang, Keris Mas,atau pun paling-paling tidak seperti Sharifah Abu Salem atau Norhayati Berahim? tapi untuk mencapai ke tahap itu, aku harus bekerja keras... aku tak mahu menanti rezeki datang bergolek dan aku pun tahu aku takkan meraih sesuatu tanpa usaha...

aku mahu hasil karyaku dilihat sebagai sesuatu yang berharga! hahahaha... angan-angan yg terlalu tinggi! bukankah aku hanyalah sebutir bintang yang mendiami kaki pelangi?

Secalit Tinta Seuntai Kata - oppss... smbgn WBZ masih belum smpt di-copy-paste-kan di sini. tunggu ya....