--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Monday, December 11, 2006

Cinta vs Love Actually

Akhirnya...
Semalam aku jejakkan kaki ke 1 Utama untuk menonton filem Cinta. Aku dengan kawan aku dah siap booking tiket untuk tayangan pukul 11.20 pagi. Dapat early bird price (RM6) lagik! Hehehehe...

Cam biasalah... iklan lagi lama dari filem! Dah lah iklan arak yang banyak, buat aku muntah jek!

Cinta...
Isteri bukanlah hak milik, tetapi anugerah! Dialog Dato' Rahim Razali tu yang aku suka sangat! Terasa betapa wanita dihargai.

Kisah Dyan & Dhani...
Cerita Puan Rubiah & Cikgu Elias...
Cinta Azlan & Azura...
Kenangan Harris & Airin...
Kasih Taufiq & Aryana...

5 kisah dalam 1 cerita!

Aku nak komen sikit-sikit untuk setiap kisah...
1. Dyan & Dhani - kisah kasih sayang antara kakak yang bercinta dengan suami orang dan adik yang menderita sakit. Aku tahu, dalam masyarakat kita memang kasih sayang antara adik-beradik tu ada. Aku cuma rasa, rambut si Dhani tu nampak sangat kejungnya. Gaya lakonannya masih kaku sikit (Cheh! macam iya-iya je aku nih!). Kisah yang berakhir dengan kematian Dyan kerana mahu menyelamatkan Dhani. Sedih... Tapi aku lagi sedih sebab aku tak berupaya menangis sebab terganggu dek lagu yang dimainkan sewaktu jenazah Dyan dibawa ke kuburan. Tak sesuai langsung. Aku dengan kawan aku siap gelak lagik! Hilang rasa sedih, timbul kelakar! ---> Tetiba aku admire pada Mat Pit kawan Dhani tu. Lawak sungguh dia!

2. Puan Rubiah & Cikgu Elias - intro perkenalan yang best. Aku suka bila Cikgu Elias yang hilang ingatan menegur Puan Rubiah buat kali pertama. Perjalanan kisah mereka cukup ringkas. Dari kisah Cikgu Elias yang melakukan rutin yang sama setiap hari sampailah ke saat terakhir apabila Puan Rubiah dengan rela hati mengambil tempat Amin untuk menjadi pen
jaga Cikgu Elias. Cinta yang berputik sebenarnya lebih kepada perasaan kasihan dan prihatin sesama rakan seusia.

3. Azlan & Azura - Azlan yang kaya bercinta dengan Azura si pembantu kedai buku? Kisah cinta dia orang ni kelakar sungguh! Aku rasa terhibur dengan gelagat Azlan yang teragak-agak nak mengajak Azura keluar utk kali pertama. Ego lelaki terbukti apabila Azlan menidakkan tentang perasaan cintanya pada Azura dalam satu sesi press conference. Cinta yang berakhir dengan kebahagiaan, memang penyudah yang aku dah agak! (aku tak boleh lupa si botak wartawan dalam cerita ni yang juga berlakon jadi penagih dadah dalam The Red Kebaya! Cheh!!) ---> Rasa kembang hati tengok makcik dalam keretapi dok sengih memanjang waktu Azlan nak melamar Azura! Cayalah makcik!!!

4. Harris & Airin - Di antara semua kisah, yang ini aku paling suka. Jarang aku dapat lihat seorang lelaki Melayu asli yang romantik macam Harris. Seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi orang yang tercinta. Mungkin disebabkan itu juga Airin
rasa bosan sebab hidupnya rasa tak challenge langsung! Tapi aku rasa sayu bila Harris tanya pada anaknya - Alisa tentang bakal ayah barunya! Bila Alisa menangis dalam pelukan Harris, lagi membuatkan aku hampir menitiskan airmata (tapi cover lah sebab tetiba rasa cam tak macho lak kalau menangis! Hehehe...)

5. Taufiq & Aryanna - Sorry to say, lakonan Amani dalam cerita ni memang aku tak suka langsung! Aku tak tahu kenapa aku susah nak terima sifat 'naif' dia dalam cerita ni. Pierre Andre (dia ni sbnrnya UMPAN utama aku untuk menonton!) pun sama jugak. Pelik aku. Dalam dunia ni masih ada lagi wartawan yang agak dungu. Macam mana dia boleh jadi wartawan?

Apa-apa pun, cerita ni masih lagi sesuai untuk ditonton. Satu pembaharuan dalam dunia perfileman. Aku suka bila Kabir Bhatia cuba mengolah semua cerita yang di penghujungnya ada kisah suka dan duka. Bukan pula bermaksud bila aku menceritakan tentang kekurangan filem ini berbanding The Red Kebaya, filem ini tak sesuai untuk festival filem.

Cuma originaliti filem ini sebenarnya ada juga diceduk dari cerita Love Actually.
Tapi tindakan bijak pengarah dan producer yang menggunakan tema keMALAYSIAan dalam filem ni berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap filem tempatan.

Yang paling aku tak puas hati, lagu-lagu yang terlalu banyak dimainkan dan tidak kena pada masanya mencacatkan sesetengah babak. Aku rasa kalau lagu-lagu tersebut tidak diselit mungkin akan lebih memberi impak kepada penonton.

Aku beri 3 bintang dari 5 bintang untuk Cinta.

Nashya
kantor Jalan Ampang