--''''>>--sEBuTir bINt@nG Di kAKi pELAnGi--<<'''--||

Aku masih bisa berlari, aku masih bisa mendaki pelangi, walau tanpa engkau di sisi, akan aku teruskan hidup ini... Usahlah engkau gundah tentang perasaanku, setelah engkau melangkah pergi, pedih ini akan bisa sembuh, bila saja terbit mentari... ~apabila engkau jauh dariku terasa engkau hampir padaku, namun mengapa apabila engkau di sampingku terasa seakan engkau menjauhiku?~



Friday, May 26, 2006

Gambar-gambar di konti Radio UPM

Gambar aku berlagak gantikan tempat DJ Syed di konti Radio UPM! hehehe... Aku saja je tempel gambar ni dua kali dalam blog ni untuk menunjukkan ke-teruja-an aku untuk menjadi seorang DJ! Ahakss....



Aku sewaktu ditemuramah oleh DJ Syed




Bersama Puan Anida (Editor CESB) dan Syazwan (Pegawai Pemasaran CESB)



Gambar candid ni Syazwan yang ambil! Cheh!!

Sehari Di Radio UPM Serdang

Hampir 17 jam berlalu...



Semalam, aku pergi ke Radio UPM utk satu sesi temuramah penulis CESB dgn DJ di Radio UPM dlm slot Novelet Putra (aku rasa ini nama slot dia, hehehehe...) Bersama Puan Anida (Editor CESB) dan Syazwan (Pegawai Pemasaran CESB), aku melangkah masuk ke konti radio UPM dgn perasaan gementar xterkata n sejuk kaki tangan. Lebih-lebih lagi bila aku tgk DJ radio yg agak hensem! ahakss... sori Syed, gurau jek!

Punyalah takut nk ditemuramah! Rasa cam artis lak sbb aku xpernah lagi masuk dlm konti (sbnrnya aku pernah bercita2 nk jd DJ sbb minat gillos kt Manan Selamat!!). Selebihnya aku teruja sbb bkn calang2 org buleh ditemuramah (wpun hanya radio di sebuah universiti!)

Tapi yg jd masalahnya pd aku ni, pantang dpt bercakap mulalah hilang ingatan! hehehe.. lebey2 lagi bila tgk si Syed tu dok ramah sungguh! aku mulalah jd over-acting! Smpi aku siap sound Syed, aku nk ganti tpt dia jd DJ kt situ! hahahaha... geleng Syed! Xpasal2 dia cakap aku ni makhluk asing lak!

Sesi temuramah tu byk tanya ttg novel pertama aku - WAJAH KEKASIH. yalah... itu je satu2nya novel yg aku baru keluarkan. ceritakan serba sedikit ttg jalan cerita novel dan buat promotion sket. lepas tu, habis. tak lama pun! tapi aku ada juga risik2 dekat Syed nanti boleh ke aku datang lagi ke konti utk buat siaran ulangan! hehehe...

Balik dari konti tadi, aku jadi bersemangat nak sambung Warkah Buat Zahra. Aku dah dapatkan komen dari beberapa orang dan alhamdulillah, komen yang aku dapat setakat ni positif! Well... komen positif tapi masa membataskan aku untuk menulis. kerja di office semakin byk dan aku mmg xpunya waktu utk menulis. Balik rumah nampak katil dh jadik rindu serindu rindunya.... hehehehe... nmpknya nk kena 'aja-aja huaitin' lah!

Aku cuba nak upload byk lagi gambar dlm entry ni tapi xleh masuklah plak... sabotaj aku lah ni kot! xpa, nti aku akan masukkan lagi ya! Dah pukul 5 pagi, aku masih belum tidur walau seminit pun! Hmm.... itu baru ditemuramah setengah jam! Agaknya kalau setengah hari aku ditemuramah mahu juga aku tak tidur seminggu kot! Hahahahah...

Ok, sampai berjumpa lagi. Aku akan cuba masukkan sambungan WBZ petang nanti atau esok pagi!

Annyong haseyo....!